Rancangan Pengajaran Harian

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

BAHASA MELAYU TAHUN 2

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Tahun : 2 Azam

Tarikh : 26 Ogos 2010

Masa : 60 minit ( 11.00 pagi – 12.00 tengah hari )

Bilangan Murid : 32 orang

Tajuk : Haiwan Kesayangan Saya

Objektif : Pada akhir pelajaran ini, murid-murid dapat :

 i. membaca petikan ‘ Ikan Emas Iskandar ‘ dengan sebutan dan intonasi yang betul.

ii. memberikan maklumat yang tersurat atau tersirat yang terdapat dalam petikan berdasarkan soalan yang diberikan.

iii. mengenalpasti kata nama serta membina ayat berdasarkan perkataan-perkataan yang dihitamkan yang terdapat di dalam petikan.

Fokus Utama :

5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca

 Aras : 3 (i) membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan menarik.

 Fokus Sampingan :

 1.2 Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila.

 Aras : 1 (ii) memberikan jawapan yang sesuai dengan soalan yang dikemukakan.

 8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.

 Aras : 2 (i) melengkapkan ayat dengan perkataan yang sesuai.

Kemahiran Bahasa : mendengar dan bertutur, membaca dan menulis

 Sistem Bahasa : Tatabahasa :

i. mengenalpasti kata nama

ii. membina ayat dengan menggunakan perkataan-perkataan yang telah dihitamkan.

 Pengisian Kurikulum :

 a. Ilmu – Sains, Moral, Pendidikan Seni

b. Nilai Murni – kasih sayang

c. Kemahiran Bernilai Tambah :

– kemahiran berfikir – mengenalpasti perkataan, menyelesaikan masalah dan memilih jawapan yang tepat dan betul.

– strategi – kontekstual, metakognitif, direktif.

Pengetahuan Sedia Ada :

– membina ayat

– tahu tentang haiwan

– mempunyai haiwan peliharaan

Alat Bantu Mengajar : Petikan ‘ Ikan Emas Iskandar ‘

Gambar-gambar Haiwan, Kad Perkataan, Pembesar suara,Komputer,Kertas Soalan

Borang Instrumen Penilaian Kemahiran Membaca

ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MASA CATATAN
 Soalan:

  1. Siapa ada haiwan peliharaan?
  2. Apakah jenis haiwan kamu itu?
  3. Adakah kamu sayang haiwan peliharaan itu?
  4. Cuba dengar bunyi-bunyi ini dengan teliti dan seterusnya cuba kenal pasti apakah haiwan tersebut?
 Set Induksi

 

1.Guru menunjukkan gambar haiwan.  

2.Guru dan murid bersoal jawab tentang gambar. 

3.Guru memperdengarkan beberapa bunyi haiwan dan murid-murid dikehendaki mendengar bunyi tersebut dengan teliti dan mengenalpasti apakah bunyi-bunyi itu. 

4.Guru mengaitkan tajuk pelajaran. <!–[endif]–>

 

 

 5

M

I

N

I

T

 ABM :

Gambar haiwan

Bunyi haiwan

Niai :

Kasih sayang kepada haiwan

 Petikan ‘Ikan Emas Iskandar’  Langkah 1

1. Murid diberikan dengan petikan setiap seorang.

2.Kelas dibahagikan kepada lapan kumpulan dan murid diminta membaca petikan secara senyap.

3.Murid membaca petikan secara beramai-ramai.

4.Setiap murid di dalam kumpulan diminta untuk membaca satu perenggan petikan. 

 20

M

I

N

I

T

 ABM :

Petikan ‘Ikan Emas Iskandar’

Strategi :

Direktif

Kontekstual

 Tatabahasa :

  1. Kata Nama
  2. Bina Ayat
  3. Lengkapkan Ayat

 

 Langkah 2

1.Kelas dibahagikan kepada lapan kumpulan.

2.Setiap kumpulan dikehendaki untuk mencari dan menggariskan kata nama yang terdapat dalam petikan.

3.Setiap kumpulan diminta untuk membina ayat berdasarkan perkataan yang dihitamkan.

4.Setiap kumpulan diminta untuk melengkapkan ayat dengan perkataan yang tepat.

5.Wakil kumpulan memberikan jawapan yang telah mereka jawab. 

 20

M

I

N

I

T

 ABM :

Petikan ‘Ikan

Emas Iskandar’

Kertas soalan

KB :

Kenalpasti perkataan

Menyelesaikan masalah

Memilih jawapan yang tepat

Strategi:

Kontekstual

Metakognitif

Nilai :

Kerjasama

 Permainan Suai dan Padan :  Langkah 3

 1.Guru menampalkan gambar haiwan dan kad-kad perkataan.

2.Murid diminta untuk memadankan gambar haiwan dengan ciri-cirinya.

 10

M

I

N

I

T

 ABM :

Gambar haiwan

Kad-kad perkataan

Strategi :

Metakognitif

Direktif

Nilai :

Kerjasama

 

 Penutup Kognitif :

Apakah yang telah kamu pelajari pada hari ini?

Apakah pengajaran yang boleh diambil daripada pelajaran hari ini?

Penutup Sosial :

 Penutup

1.Murid diminta untuk menyatakan perkara-perkara yang telah dipelajari.

2.Guru membuat penutup sosial.

3.Murid membunyikan dan melakukan aksi haiwan.

Kerja rumah :

i. menjawab soalan-soalan kefahaman.

ii. melukis haiwan kesayangan mereka.

 5

M

I

N

I

T

 Nilai :

Kasih sayang terhadap haiwan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s